Home
 

WAKTU SOLAT

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

PAUTAN

 
 
 
Selamat Datang Ke Portal Sekolah Menengah Agama Daril Iktisam :: Ahlan Wa Sahlan Ila Madrasah Daril Iktisam
Virus Influenza A (H1N1) PDF Print E-mail
Written by HALIMATON SAODAH BT ABDULLAH   
Wednesday, 19 August 2009 00:50

Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini.  Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada.  Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian.

Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini.

Masyarakat juga perlu mengetahui cara virus ini merebak.

  • Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).

  • Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.

  • Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah pencegahan virus tersebut. Langkah pencegahan sila klik di sini.
Last Updated on Wednesday, 19 August 2009 01:23
 
PERUTUSAN PENGETUA PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Wednesday, 24 June 2009 07:38

PERUTUSAN PENGETUA

Assalamua'laikum w.b.h.

Tahniah dan syabas saya rakamkan kepada Jawatankuasa Portal Sekolah yang telah berjaya untuk menghasilkan Laman Portal SMA Daril Iktisam. Usaha seumpama ini merupakan satu petunjuk bahawa sekolah kita telah mengorak satu lagi langkah ke hadapan dalam dunia teknologi maklumat. Kita tidak mahu ketinggalan dalam arus perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Bangsa yang dapat menguasai maklumat akan menjadi bangsa yang berjaya. Jika kita tinjau ledakan maklumat pada hari ini ianya amat menakjubkan. Hampir satu trilion maklumat yang dihasilkan dalam satu saat. Justeru itu jika kita ketinggalan untuk mendapat, mengguna, menghasil dan menyebarkan maklumat maka kita akan menjadi bangsa yang rugi dan mundur.Kita tidak mahu kealpaan dan kecuaian ini akhirnya menjadikan kita bangsa yang bankrap dari segi penguasaan maklumat.

Saya berharap dengan terhasilnya portal ini, setiap warga SMA Daril Iktisam akan dapat menggunakannya secara optimum. Setiap maklumat asas sekolah seperti sejarah, data enrolmen staf dan pelajar, aktiviti- aktiviti sekolah, pencapaian dalam bidang akademik dan kokurikulum akan boleh didapati daripada portal ini. Di samping itu, portal ini juga boleh digunakan sebagai satu wacana untuk kita membina jaringan bersama guru-guru daripada sekolah-sekolah yang lain,untuk "upload" bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran seperti latihan, tugasan dan nota. Ini merupakan satu nilai tambah yang saya percaya dapat membawa sekolah untuk mencipta kejayaan yang lebih besar. Sesuai dengan slogan kita " Ke Arah Melahirkan Generasi Ulama' " yang lebih berpengetahuan luas dalam segala bidang. Akhir kata, semoga portal ini juga akan menjadi pengupayaan dan pemangkin dalam meningkatkan keupayaan dan kemahiran kita dalam penggunaan ICT.
 
 
USTAZ KHUBAIB BIN RAMLI
Pengetua
SMA Daril Iktisam
Last Updated on Sunday, 16 August 2009 03:50
 

BANCI UNDIAN

Adakah portal ini menarik?
 

BERITA TERKINI

Selamat Datang diucapkan kepada semua pengunjung portal ini. Diharapkan anda dapat mendaftarkan diri untuk sama-sama menikmati kemudahan lain di portal ini. Segala pandangan atau komen daripada anda amat dialu-alukan. Terima kasih.

KALENDAR